i follow..

Wednesday, December 22, 2010


CEMBURU tidak selalunya menjadi racun dalam suatu perhubungan. Bahkan, sebahagian wanita ingin melihat kekasihnya pura-pura cemburu sebagai bentuk pujian tidak langsung untuknya. Wanita punya dua versi soal cemburu, iaitu cemburu romantis dan cemburu buta. Cemburu romantis
Wanita ingin pasangannya cemburu, tapi cemburu yang hanya romantis sebagai sumbu penyedap asmara. Sebab, wanita ingin dihargai dan terlihat tetap menarik di mata kekasihnya, meskipun telah menjalinkan cinta yang cukup lama. Berikut, beberapa bentuk cemburu romantis.

1. Pujian manis

Anda sedang berada di kafe bersama si dia dan teman-teman. Lalu, Anda melihat lelaki di suatu sudut sana membelikan minuman untuk kekasihnya. Segera, lingkarkan lengan Anda ke bahunya seraya mengatakan, "Kamu tampil seksi malam ini sampai lelaki itu membuatku cemburu". Cara yang manis untuk membuatnya merasa dicintai.

2. Berpura-pura
 
Suatu ketika di menelefon dan mengatakan akan pergi hang out bersama teman-teman wanitanya malam ini. Sambil pura-pura marah, Anda boleh mengatakan, "Hati-hati, jangan percaya rayuan lelaki lain".

Terdengar kelakar dan lucu. Meskipun Anda tidak sepenuhnya serius (kerana Anda percaya padanya, bukan kerana Anda menilainya jelek sehingga tidak boleh meraih perhatian lelaki lain), ini menunjukkan bahawa Anda sayang.

Cemburu buta

Bagi Anda yang sudah menjalinkan hubungan yang cukup lama, berkurangnya kepercayaan akan tercermin pada rasa cemburu buta. Jenis cemburu ini dapat merosakkan hubungan kerana kerap diliputi sikap overprotektif. Sesekali, bermainlah dengan rasa cemburu untuk menghindari sikap Anda menjadi terlalu melindunginya. Beberapa bentuk cemburu buta, seperti:

1. Marah di luar kawalan

Jika Anda menemukannya menyerupai Hulk saat bertemu dengan si dia, saatnya berundur secara perlahan. Apalagi, kalau Anda kerap membesar-besarkan rasa cemburu sampai menjadi marah tak terkawal dan tanpa alasan yang dapat dibenarkan.

2. Sangat takut

Apakah Anda selalu beranggapan bahawa setiap lelaki yang dekat dengan si dia akan membuatnya berpaling dari Anda? Apakah Anda selalu membayangkan akan selalu ada lelaki lain yang cuba mendekati di manapun si dia pergi tanpa Anda? Jika demikian, Anda sedang menuju ke zon bahaya.

Cemburu yang rasional tidak akan menyelesaikan apa-apa kecuali membuat Anda tidak aman. Perasaan Anda tak akan menghapuskan niatnya untuk curang jika dia memang sudah berniat. Tidak mustahil sikap anda sendiri yang akan membuatnya curang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...