i follow..

Thursday, April 14, 2011

bOyS aNd GiRLs

Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar berdating tak kira menonton wayang, shopping ataupun sekadar bercuci mata ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, biasanya hanya lelaki sahaja yang keluarkan duit kerana ”tidak kacak kalau guna duit perempuan”. Eh, betul ker kaum perempuan mempunyai tanggapan sebegini yer?
Saya berikan anda satu situasi ”Setiap kali keluar dating, asyik lelaki ini sahaja yang mengeluarkan duit untuk teman wanitanya. Pergi makan, duit si lelaki ini. Menonton wayang, duit lelaki ini lagi. Duit minyak kereta, duit lelaki ini lagi. Semuanya lelaki ini sahaja yang keluarkan duit. Kalau menara KLCC itu bapak dia yang punya, saya rasa memang takde masalah lah kan tapi kalau nak beli Cd cetak rompak pun tak mampu”. Pada anda lah kan, lelaki itu masih tidak kacak ker? ahaha. Tepuk dada tanya hati anda lah yer.
Sekarang ini, saya tak tahu kenapa trend ‘‘jangan keluarkan duit sendiri” seolah – olah menjadi seperti gam gajah. ahaha. Setiap kali keluar dating, pastinya lelaki yang kena ringan tangan hulurkan duit poket dan kenapa tidak sama -sama keluarkan duit? Adakah kerana perempuan semakin ”pisau cukur”? Sila lah jawab yer kawan – kawan. ahaha. Perempuan, kami juga ingin keluar tanpa membawa wallet tapi kami bukannya dari lombok yer. yehaaa!!
Menjadi lelaki ini bukanlah satu keseronokan sebenarnya melainkan anda mempunyai pakej kacak bak Aaron Aziz ”semuanya ditaja”. ahaha. Jangan keluar rumah sekiranya dalam poket hanya Rm10 dan jangan fikir untuk beronggeng dengan pujaan hati sekiranya anda ingin menjadi seperti Mat Jenin yer. heh!
Sebagai lelaki, harus lelaki yang menjaga status keluarkan duit tetapi kalau sampai papa kedana rasanya anda perlulah bertukar kekasih hati kot? ahaha. Masa kini bab keluarkan duit sudah tak ramai yang menganggap lelaki patut berhabis-habisan tetapi perlu ker berkongsi menggunakan duit kekasih hati anda? Bagi saya, sebagai lelaki macho selagi saya berduit, kekasih hati saya tak perlu keluarkan duit. full stop. Kenapa? Saya ingin menjadi yang terbaik untuk insan yang terbaik dalam hidup saya. sekian. heh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...