i follow..

Wednesday, May 4, 2011

pErLu kE nAk HiPoKRit

Apa makna hipokrit?shah yakin korang mesti dah pernah terbaca pasal benda ni kat mane2 blog, atau artikel atau sebagainye. shah ade terbace jgak blog orang lain, dan shah rasa ape yg shah cuba nak sampaikan ni hampir sama, xde bezanye.

So, ape makna hipokrit? Mengikut kamus pelajar, ia bermaksud berpura2 perangai baik, atau dalam erti kata lain, munafik. Hm? Tu je? Habis tu kalo org berpura2 berperangai jahat camne? Pernah korang terbace atau terlintas akan 1 perkataan yg boleh menerangkan pasal tu? Ade jugak shah terbace yg mengatakan itu jugak hipokrit, betul ke? Let me know if u had come across with sumthing about that.
So, back to the topic, ape itu hipokrit? shah x tau la, ape pendapat korang. Ingin bagi kan pandangan atau respon, jangan malu segan isi kan tempat kosong dalam ruang komen tuh.

Okeh, shah melalut lagi. Ape itu hipokrit? Bagi shah, cukup la ia ditakrifkan sebagai berpura2, tak perlu letak sama ada berpura2 baik atau jahat, it’s the same damn thing. Dan makna hipokrit tuh boleh berubah2 ikut situasi dan keadaan, takde makna yg tetap. Let me give the examples of what I mean hipokrit:
1- Depan pura2 baik, kat belakang mengutuk mengumpat dan sebagainye, which is quite common nowadays
2- Berlagak innocent n baik kat depan semua org, tak pernah mengumpat mengutuk dengan org lain, tapi bile xde org kat sekeliling, die lah dajjal yg dah lama dilahirkan
3- Ko nak berterus terang tapi tak mampu sebab nak jaga hati org lain. at the end, org lain terus buat benda yg ko x suke, tapi ko tetap x buat ape2
4- Menjadi org lain di atas tanah beratap langit,, tapi di dunia cyber dan alam halusinasi menjadi diri sendiri.

Itu yg ape terlintas dalam otak shah sekarang ni. Ade banyak lagi contoh situasi yg menerangkan ape itu hipokrit, tapi ape kan daya RAM otak shah lambat catch up, tak mampu nak keluarkan memori yg tersangkut kat jalur gyrus brain shah ni.

So, ape itu hipokrit? (lagi2 soalan sama). Ko akan dilabel sebagai hipokrit bile ko tak mampu utk jadi diri sendiri depan org lain. Ko x mampu nak cakap ko benci/tak suke atau suka/sayang pada sesuatu atas sebab2 yg tertentu. shah rasa semua org pernah jadi hipokrit even sekali. That’s for sure, except our prophet (PBUH) and his pure followers. Apatah lagi zaman sekarang ni, even dgn kawan 2 sendiri pun kita tak boleh nak percaya. Bukan saja kawan baik, kawan sekaki mengumpat pun kita tak tau sama ada kita juga menjadi bahan umpatan di belakang kita. 


So, ape yg mampu kita buat? Jadi diri sendiri? Berterus terang walaupun kita tahu mereka yg dikritik tidak mampu menerimanya dengan hati yg terbuka? Jika kita jadi diri sendiri, adakah semua yg berada disisi kita selama ni sanggup menerima kita seadanya? Jika kita secara berdepan memberi komen atau kritikan adakah kita bersedia utk meletakkan ikatan hubungan yg terjalin selama ini berada dalam keadaan yg janggal? Bila difikirkan akan kesan selepas itu, ramai antara kita memilih untuk berdiam diri. Adakah itu yg terbaik?

Masing2 ada akal utk memikirkannya. Bila kita minta pandangan org lain, seribu satu jawapan yg akan diperolehi. Mana satu yg betul? Akhirnya otak kita jugak yg memeras utk mencari penyelesaiannye. Tepuk dada tanya hati, masing2 ada jawapan tersendiri.

Jika kita memilih utk jadi diri sendiri, be proud of urself. No one knows better about u but urself. Kalau ada yg jelik menerimanya, pedulikan mereka. Jika kita memilih utk berterus-terang dari berdiam diri, the better way is think the best way to approach it. Jangan ikut nafsu dan sedap mulut, namun andai gunung berapi tetibe je meletup, itu silap sendiri kerana memendam terlalu lama.

Dan andainya kita memilih utk terus menjadi hipokrit, silakan. Bagi shah, takde sebarang masalah kerana semua org ade sebab tersendiri. Begitu juga shah, ada kalanya shah mampu berdiam diri dan ada juga sesekali shah terpaksa jadi diri sendiri. Blog dan diari menjadi tempat luahan hati yg tak mampu shah lemparkan. Mohon maaf sekiranya ada yg terasa. Hakikatnye, kite sendiri lebih mengerti akan hakikat yg tak mampu ditolak ke tepi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...